Posts

Saya Bukan Food Critic Profesional, Tapi Tekak Saya Ada Prinsip

 Mungkin saya bukan chef terkenal, bukan juga pengkritik makanan yang ada sijil kulinari – tapi saya ada satu benda yang ramai cari bila datang bab makan: kejujuran rasa . Blog ini saya wujudkan kerana terlalu banyak makanan viral di luar sana yang kelihatan menarik di kamera, tapi bila sampai depan mata (dan masuk ke mulut), rasa dan pengalaman tak seperti yang diharap. Saya percaya bahawa makanan halal bukan sahaja perlu sah dari segi syariat, tapi juga perlu jujur dari segi rasa, layanan dan suasana. Sedap tu memang subjektif — ada orang suka pedas, ada yang suka lemak manis. Tapi soalnya: ada rasa ke tak? Tenderness tu betul-betul lembut atau sekadar nama? Tempat tu selesa atau sekadar cantik di gambar? Saya cuba dulu, dan saya cerita apa adanya. Kalau sedap, saya puji. Kalau kurang, saya bagitahu. Sebab bagi saya, pembaca patut tahu realiti — bukan hanya harapan palsu dari sudut kamera. Jadi, melalui blog ini, saya bukan nak tentukan makanan mana paling sedap untuk semua ora...